I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 28, 2010

Aktiviti Surau 2010

Alhamdulillah..sepanjang 8 bulan surau beroperasi di Taman Lagenda, banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara penduduk. Dengan penubuhan surau al-Muttaqin, penduduk Taman Lagenda dapat menjalankan aktiviti bermasyarakat khususnya dalam menjalani ibadah solat secara berjemaah setiap waktu.Sebagaimana Rasulullah S.A.W ketika tiba di Madinah, perkara pertama yang dilakukan adalah mendirikan masjid..Taman lagenda juga mengambil peluang mengadakan surau walaupun terpaksa menyewa salah sebuah rumah sebagai premis sementara surau. Berikut merupakan aktiviti yg dijalankan oleh jawatankuasa surau al-Muttaqin:

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN

Ustaz Jais sebagai khalifah bacaan Tahlil dan Surah Yassin
 Jamuan yang disediakan oleh pihak tuan rumah
 jemaah surau yang hadir di majlis tahlil
3 sekawan..
 Bacaan Surah Yassin di surau
 Majlis Tahlil selepas Isya'.Ustaz jais sebagai khalifah bacaan Tahlil dan Surah Yassin

SOLAT SUNAT TERAWIH

Ustaz Jais sebagai Imam Solat Sunat Terawih
 Tazkirah selepas solat sunat terawih : oleh Ustaz Zulkifli (Taman Mahsuri)

LAWATAN JAWATANKUASA MASJID AN-NAJAH,PADANG SERAI

 Ustaz Kamil memberi ucapan pembukaan.. (Imam 1 Masjid an-Najah )
 Sesi soal jawab antara Jawatankuasa Surau al-Muttaqin dan Masjid an-Najah

KELAS AL-QURAN dan TAJWID

Para jemaah mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh Ustaz Jais

KULIAH MAGHRIB

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Rosli
 Kuliah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Tahir

PERJUMPAAN PENDUDUK BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KULIM KALI KE-2

 Cikgu Fazan tekun mencatat maklumat dari Majlis Perbandaran Kulim
 Antara penduduk yang hadir untuk mendengar dan meluahkan permasalahan yang dihadapi sepanjang menduduki kediaman di Taman lagenda
 En.Hamzah sedang mendengar aduan dari penduduk Taman Lagenda

MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU AL-MUTTAQIN

 Dua insan ini ( Cikgu Fazan dan Ustaz jais ) merupakan antara pengasas kepada penubuhan surau al-Muttaqin
  Jawatankuasa Surau al-Muttaqin
 Santai..: Mendengar ucapan dari pengerusi Surau

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

 Tangkapan khalwat yang dilakukan oleh penduduk Taman Lagenda
Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Surau berkerjasama dalam membanteras kegiatan maksiat di dalam kawasan Taman Lagenda

No comments:

Post a Comment