I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 29, 2010

Perjumpaan Jawatankuasa Surau dan JKP di Pejabat MPKK

Tarikh : 7 November 2010 ( Ahad )
Pengerusi Surau Al-Muttaqin dan Pengerusi Jawatankuasa penduduk serta beberapa wakil penduduk taman lagenda telah menghadirkan diri di pejabat En.Hamzah Di MPKK.Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan tentang beberapa permasalahan yang dihadapi penduduk dan perancangan program-program bersama antara penduduk Taman Lagenda dan Majlis Perbandaran Kulim(MPKK).
 En.Hamzah sedang mendengar permasalahan yang diajukan oleh Cikgu Fazan
En.Adnan (Pengerusi JKP) turut meluangkan masa untuk berbincang dengan En.Hamzah
Asyik mendengar penjelasan dari En.Hamzah..


Majlis Qurban dan Aqiqah 1431H ( 20 November 2010 )

Surau Al-Muttaqin telah mengadakan majlis Qurban dan Aqiqah di perkarangan surau. Penduduk Taman Lagenda bergotong-royong bagi menjayakan majlis tersebut.lihat gambar yang disediakan:
 Anak-anak sedang memerhati abang dan ayah membersihkan perut lembu
 Paklong sedang sibuk dengan tugas menimbang daging..(dicelah kesibukan)
 Rizalman dan rakan-rakan sedang mengagih-agihkan daging mengikut timbangan..
 Berdiri dari kiri: Cikgu Zainol, Ust. Rosli dan Tn.Hj Zakaria
 Cikgu Fazan sempat mengusik Ust.Jais yang sedang memotong daging..
 Ustaz Rosli sempat menjawab panggilan telefon ketika sedang memotong daging..
 Ustaz Aswad tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga di dalam acara masakan..
 Acara "mengapak" kepala lembu..
En.Shahrol leka dengan daging rebusnya..

Friday, November 19, 2010

Gotong-royong penduduk Taman Lagenda


gotong-royong mendirikan khemah di hadapan surau

pengerusi surau sedang membuat pemantauan di kawasan surau

"mai secawan!!"

sedang berbincang mengenai perancangan aktiviti-aktiviti di masa hadapan



Monday, November 1, 2010

JADI PEMIMPIN ADALAH AMANAH

JADI PEMIMPIN ADALAH AMANAH..........Jangan pandang ringan. jangan tersalah pilih
Pemimpin Menuju Fisabilillah
Salam sahabat-sahabat budiman,

Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab. Seorang manusia sekurang-kurangnya bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, maka dia adalah pemimpin. Ayah sebagai pemimpin keluarga, pengetua pemimpin sekolah, perdana menteri pemimpin negara begitulah seterusnya.

Sabda Nabi saw, كلكم راع وكل راع مسؤول عن رعيته

Maksudnya, “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. Bukhari & Muslim

Pemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

“ Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.” ( Al Baqarah 283 )

Lebih besar bidang kepimpinan maka lebih besarlah tanggungjawabnya.

Kepimpinan juga adalah merupakan ujian dan dugaan daripada Allah. Makin besar tanggungjawab kepimpinan maka makin besarlah pahalanya TETAPI sebaliknya sesiapa yang cuai dan gagal menunaikannya maka besarlah pula dosa dan kemurkaan Allah.

Sabda Rasulullah ( saw ) :

مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّمَ اللهُ عليه الْجنةَ

“ Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya , dia mati kerana tiba ajalnya pada hal dia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”

Maka berhati-hatilah apabila memilih pemimpin dan bila dipilih jadi pemimpin.

Sekian, untuk posting intro kita kongsi bersama...

By, Abe from UYE