I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 28, 2010

Aktiviti Surau 2010

Alhamdulillah..sepanjang 8 bulan surau beroperasi di Taman Lagenda, banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara penduduk. Dengan penubuhan surau al-Muttaqin, penduduk Taman Lagenda dapat menjalankan aktiviti bermasyarakat khususnya dalam menjalani ibadah solat secara berjemaah setiap waktu.Sebagaimana Rasulullah S.A.W ketika tiba di Madinah, perkara pertama yang dilakukan adalah mendirikan masjid..Taman lagenda juga mengambil peluang mengadakan surau walaupun terpaksa menyewa salah sebuah rumah sebagai premis sementara surau. Berikut merupakan aktiviti yg dijalankan oleh jawatankuasa surau al-Muttaqin:

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN

Ustaz Jais sebagai khalifah bacaan Tahlil dan Surah Yassin
 Jamuan yang disediakan oleh pihak tuan rumah
 jemaah surau yang hadir di majlis tahlil
3 sekawan..
 Bacaan Surah Yassin di surau
 Majlis Tahlil selepas Isya'.Ustaz jais sebagai khalifah bacaan Tahlil dan Surah Yassin

SOLAT SUNAT TERAWIH

Ustaz Jais sebagai Imam Solat Sunat Terawih
 Tazkirah selepas solat sunat terawih : oleh Ustaz Zulkifli (Taman Mahsuri)

LAWATAN JAWATANKUASA MASJID AN-NAJAH,PADANG SERAI

 Ustaz Kamil memberi ucapan pembukaan.. (Imam 1 Masjid an-Najah )
 Sesi soal jawab antara Jawatankuasa Surau al-Muttaqin dan Masjid an-Najah

KELAS AL-QURAN dan TAJWID

Para jemaah mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh Ustaz Jais

KULIAH MAGHRIB

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Rosli
 Kuliah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Tahir

PERJUMPAAN PENDUDUK BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KULIM KALI KE-2

 Cikgu Fazan tekun mencatat maklumat dari Majlis Perbandaran Kulim
 Antara penduduk yang hadir untuk mendengar dan meluahkan permasalahan yang dihadapi sepanjang menduduki kediaman di Taman lagenda
 En.Hamzah sedang mendengar aduan dari penduduk Taman Lagenda

MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU AL-MUTTAQIN

 Dua insan ini ( Cikgu Fazan dan Ustaz jais ) merupakan antara pengasas kepada penubuhan surau al-Muttaqin
  Jawatankuasa Surau al-Muttaqin
 Santai..: Mendengar ucapan dari pengerusi Surau

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

 Tangkapan khalwat yang dilakukan oleh penduduk Taman Lagenda
Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Surau berkerjasama dalam membanteras kegiatan maksiat di dalam kawasan Taman Lagenda

Sunday, December 26, 2010

Gotong-royong Perdana

Tarikh : 5 Disember 2010 ( Ahad )
Jawatankuasa Penduduk bersama Majlis Perbandaran Kulim telah mengadakan hari gotong-royong perdana penduduk Taman Lagenda,Padang Serai.
gotong royong diadakan di padang utama taman lagenda
 Pak Man & de KRU setia mengorek longkang di keliling padang..
 GENG 606..(17/6) bersedia menjalankan tugas..
 En.Razi memberi sepenuh tumpuan dalam pemakaian keselamatan
 Cikgu Fazan (bertopi biru ) leka dengan santapan pagi yg disediakan oleh Tn.Hj.Zakaria.
 Milik siapakah cangkul ini?
 antara penduduk yang menyertai gotong-royong perdana
 bersama mengangkat longgokan rumput ke atas lori
 Cikgu Nazri (berbaju oren di atas lori) sedang bersedia menerima rumput dari rakan-rakan.
 Ustaz Jais sempat memberi tazkirah kepada rakan penduduk taman lagenda.
turut mendengar tazkirah tersebut adalah Ustaz Fauzi Tahir( bertopi putih)
 REHAT: Setelah bertungkus lumus mengumpul rumput di tengah padang...